Karier kelab Phil Jagielka

Sheffield United

Jagielka membuat penampilan sulungnya untuk Sheffield United pada 5 Mei 2000 ketika menentang Swindon Town dalam perlawanan akhir liga musim 1999–2000. Dia diberi kontrak profesional pada hari berikutnya dan selepas bermula dengan cemerlang pada musim berikutnya, dia menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab itu pada bulan Januari 2001.[3]

Jagielka menandatangani perjanjian baru tiga tahun bersama United pada bulan Ogos 2006.[4] Jagielka memberi United kemenangan Premiership pertama mereka sejak bulan April 1994 apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-91 ketika menentang Middlesbrough untuk menang 2–1 pada bulan September 2006.[5] Walaupun dikenali sebagai salah satu pemain penting United, pengerusi, Kevin McCabe mengakui bahawa Jagielka boleh dijual jika harga cukup tinggi.[6] Ketika perlawanan menentang Arsenal pada 30 Disember 2006, akibat kecederaan penjaga gol, Paddy Kenny dan pasukannya mendahului 1–0, Jagielka terpaksa menjadi penjaga gol untuk baki perlawanan. Arsenal gagal menjaringkan gol dalam baki 34 minit dan United mengesahkan kemenangan 1-0.[7]

Menjelang akhir musim 2006–07, dia telah membuat 133 penampilan liga berturut-turut untuk United,[8] termasuk semua perlawanan liga dalam musim 2004–05 dan 2005–06 serta setiap minit dalam musim 2006–07.[9]

Everton

Jagielka beraksi untuk Everton pada 2 Oktober 2014

Jagielka menyertai Everton pada 4 Julai 2007, dengan perjanjian bernilai £4 juta dan kontrak selama lima tahun[10]. Dia membuat penampilan sulung di Goodison Park pada 31 Julai 2007 sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Werder Bremen, menggantikan Joseph Yobo. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Everton dalam perlawanan Piala UEFA menentang AZ Alkmaar.[11] Dia menjaringkan gol sendiri ketika menentang Wigan Athletic, tetapi Everton menang 2–1. Dia menjaringkan gol pertamanya dalam liga untuk Everton ketika menentang Reading pada 9 Februari 2008.[12]

Jagielka memulakan musim 2008–09 sebagai pertahanan tengah pilihan utama, bermain setiap minit dalam kesemua perlawanan liga sebelum mengalami kecederaan ketika kalah 2–1 kepada Manchester City. Jagielka menjaringkan gol penalti kemenangan untuk Everton dalam penentuan penalti separuh akhir Piala FA menentang Manchester United. Tidak lama selepas itu, dia mengalami kecederaan ketika menentang Manchester City dan terlepas perlawanan akhir Piala FA 2009 dimana Everton kalah kepada Chelsea.

Selepas terlepas akhir musim 2008–09 dan lebih daripada setengah musim 2009–10, Jagielka bermain perlawanan pertamanya sejak mengalami kecederaan menentang Sporting C.P. dalam Liga Europa UEFA pada bulan Februari 2010, masuk menggantikan Philippe Senderos.

Pada 3 Januari 2013, Jagielka menandatangani kontrak baru bersama Everton, mengekalkannya di Goodison Park sehingga tahun 2017.[13] Pengurus, David Moyes juga mengumumkan bahawa Jagielka akan dilantik sebagai kapten untuk musim 2013–14 selepas persaraan Phil Neville.[14] Dalam musim pertama Jagielka sebagai kapten, Everton mencatat rekod 72 mata dan menduduki tempat kelima.[15]

Rujukan

WikiPedia: Phil Jagielka http://www.evertonfc.com/news/archive/the-lowdown-... http://www.evertonfc.com/player-profile/phil-jagie... http://www.givemesport.com/340006-phil-jagielka-co... http://www.premierleague.com/page/PlayerProfile/0,... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.theguardian.com/football/2014/may/12/en... http://eu-football.info/_player.php?id=27113 http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/eng_prem/... http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/eng_prem/... http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/eng_prem/...